Tempat Makan Menarik Alor Setar
1. http://www.sataysetia.com
Alamat : NO 20 JALAN SULTANAH SAMBUNGAN, Alor Setar
5 minit ke Hentian Bas Shahab Perdana.
2. Laksa Teluk Kechai
Sekitar Jalan Kuala Kedah sebelum ke Jeti Kuala Kedah
3. Mat Cucur Udang
Taman PKNK, Alor Setar
Mat Cucur Udang adalah
satu nama yang begitu popular di kalangan penduduk Alor Setar. Ia
menyajikan cucur udang terbaik kepada rakyat Kedah sejak berpuluh tahun
yang lalu namun hanya di pasar-pasar malam. Oleh itu, bukan kerja mudah
untuk mencari di pasar malam manakah mereka beroperasi setiap hari.
4. Restoran nasi Kandar yasmeen
Lokasi : Lebuh Raya Darulaman , Alor Setar
Nasi kandar juga merupakan salah satu
menu popular di utara, tidak terkecuali di Alor Setar. Antara nama yang
sering menjadi sebutan adalah Nasi Lemak Haji Ali dan juga Nasi Lemak
Royale Hijau Kuning. Tetapi satu lagi restoran nasi kandar yang mendapat
begitu ramai pengunjung adalah Nasi Kandar Yasmeen yang menghidangkan antara nasi kandar terbaik.
Restoran ini terletak berhampiran bekas
Hospital Besar Alor Setar dan juga Stadium Darulaman, menjadikan
restoran ini sering dikunjungi begitu ramai pelanggan.
5. Iman Koeytew Kerang
Lokasi : Jalan Sultanah, Alor Setar
Makan malam di Alor Setar pastinya tidak
kurang hebatnya dengan begitu banyak tempat untuk dikunjungi termasuk
gerai-gerai charkueyteow yang begitu banyak di sini. Salah satu restoran
char kueyteow terbaik yang popular di sini adalah Kuey Teow Iman.
Bermula sebagai sebuah gerai yang
menjual char jueyteow, kueyteow kerang dan juga nasi lemak bungkus untuk
dimakan di tepi jalan, kini Kuey Teow Iman berkembang dengan begitu pesat dan memiliki sebuah restoran yang tersergam di Jalan Sultanah.
6. Restoran Sri Pumpong
Lokasi : Jalan Anak Bukit , Pumpong, Alor Setar
Sesuai dengan imej desa di Alor Setar, amat mudah untuk kita mencari makanan ala kampong yang baik di sini. Antaranya adalah Restoran Sri Pumpong
yang amat popular sejak lama dan menjadi pilihan khalayak pekerja di
sekitar Alor Setar untuk makan tengahari dan juga pengunjung yang
sengaja datang dari jauh.
Malahan dikatakan bahawa golongan istana Kedah turut mencemar duli makan di restoran ini.
7. Restoran Mi Kamal
Melihat restoran ini dari jauh,
seolah-olah restoran nasi kandar atau restoran mamak yang biasa, namun
ada suatu kelebihan besar yang dimiliki restoran ini.
Restoran Mikamal yang
terletak tidak jauh daripada pintu masuk Istana Anak Bukit termpat
bersemayamnya Tuanku Sultan Kedah ini menghidangkan antara masakan mee
terbaik di Alor Setar malah mungkin lebih baik daripada Mee Abu yang
terkenal.
Mee gorengnya amat sedap dan boleh
dipesan samada mahu basah ataupun kering. Dengan sedikit sotong dan juga
cucur serta tauhu yang digoreng dengan sedikit telur, keasyikkan mee
ini amat memukau dan tanpa kita sedari, kita telah memesan sepinggan
lagi.
Alang2 dh sampai ke Alor Setar, rugi tidak mencuba.
Semoga sesuai dgn selera masing2.
Zanishah Homestay
Hj Azidzan
04-7301457
013-4835641
Perkhidmatan Homestay dan Transport
Hj Azidzan
04-7301457
013-4835641
Perkhidmatan Homestay dan Transport
Alamat
Zanishah Homestay
No 1A Lorong Pak Yob Ganding,
Jalan Alor Mengkudu,
05400 Alor Setar Kedah.
Tag Search : Tempat makan kedah, makanan sedap kedah, sajian sedap kedah, makan sedap alor setar, makanan alor setar, restoran sedap alor setar,